Monday, May 9, 2011

coretan kahwin aku lagi...

usai solat tadi,aku menangis lagi.pinta doaku setiap hari aku panjatkan kembali.sayang sekali,bukan dosa-dosaku yang aku tangisi,bukan juga nasib para mujahidin yang aku fikiri.

pintaku acapkali.biarlah tarikh perahwinanku dipercepatkan.biarlah dipermudahkan urusan perkahwinanku. Allah,alangkah malu aku dengan permintaan ini..kalaulah dapat aku menangis sebegini untuk dosa-dosa aku terdahulu. pasti tenang sekali hati ini nanti. pasti lebih allah kasihi diri ini.

bukan aku menulis disini untuk meminta simpati. bukan juga mahu mendabik diri. cuma ingin aku coretkan sedikit catatan biar satu masa dapat aku kembali menatap kisah diri ini. momento peribadi yang aku kongsi.

malu sekali lelaki menangisi perkara setemeh ini.namun apa dayaku.aku cuma insan biasa.anak tukang rumah miskin yang tak punya harta dan tak punya upaya untuk ku sunting seorang isteri. juga tak aku mampu untuk menyara seisi rumahku sendiri. famili itu mungkin hanya berseri di dalam mimpi. sayang sekali.

bukan aku kejar status beristeri.bukan aku kejar anak sendiri. hanya,aku tak ingin terus bermandi nafsu sendiri. tak aku mahu lagi hidup dalam godaan dunia penuh penipuan. takut aku terjerumus lebih dalam ke arah neraka.

aku mengaku. aku bukan tinggi agama. bukan juga aku hebat berkerjaya sendiri. aku ini hanya seorang pelajar. hidup aku juga dalam tanggungan lagi. tapi,kenapa tak boleh buat aku nak akhirkan semua ini? kenapa tak boleh aku nak selamatkan diri sendiri?
maafkan aku buat sesiapa yang membaca coretan kusut hari ini. anggaplah kalau aku bermonolog seorang diri.dalam mencari tenang dalam hidup aku yang sepi.

No comments:

Post a Comment